READ TODAY NEWSPAPER BERITA HARIAN - GOOD FOR AHKEONG TO READ IT
3 lelaki pekak dakwa diliwat paderi
2010/03/28 BISOLI memberi keterangan di Verona, Itali, terhadap paderi yang meliwatnya sebanyak lima kali, Giuseppe Carraro. Mangsa minta kes lebih 10 tahun dibuka semula
ROME: Tiga lelaki pekak yang berkata mereka diliwat berulang kali dan didera paderi ketika kanak-kanak, bersemuka dengan pihak berkuasa gereja daerah kelmarin, bagi mendapatkan penjelasan mengenai mengapa ia tidak menghukum paderi terbabit dan menuntut keadilan dilaksanakan. Ketiga-tiga lelaki berkenaan yang ditemuramah untuk kali pertama tahun lalu oleh agensi Associated Press (AP), muncul dalam rancangan bual bicara di stesen televisyen Itali RAI dan bertelagah dengan jurucakap gereja daerah Verona, Bruno Fasani ketika semakin banyak skandal penderaan seksual terbongkar di seluruh dunia. Perkembangan ini dilihat semakin menyukarkan kedudukan pemimpin gereja Vatican, Pope Benedict XVI.
Bekas pelajar itu tidak membuat laporan polis berikutan tempoh sah 10 tahun untuk membuat laporan sudah tamat.
Mereka meminta tempoh sah membuat aduan itu tidak diambil kira supaya kes kumpulan paderi yang bertanggungjawab dibuka semula. Tetapi, sehingga kini ia tidak dilakukan.
Kisah tiga lelaki terbabit adalah kaitan terbaru, selepas pendedahan yang membuktikan bahawa Jemaah Vatican Bagi Ajaran Agama, diketuai Kardinal Joseph Ratzinger, (kini Pope Benedict XVI), memberitahu paderi besar Wisconsin agar menamatkan perbicaraan ke atas seorang paderi tua yang didakwa mencabul 200 kanak-kanak lelaki pada 1998. Kes membabitkan gereja Wisconsin dan Itali didapati hampir sama dan kedua-dua institusi itu terbabit dalam penderaan ke atas kanak-kanak pekak yang dianggap mangsa lemah dan sengaja merahsiakannya.
Rev Bruno berkata, beliau berharap pertemuan perdebatan itu akan memberi hasil positif dan mengalu-alukan pertemuan dengan kumpulan lelaki berkenaan untuk kali pertama.
Bagaimanapun, kumpulan itu yang juga bekas pelajar Institut Orang Pekak Antonio Provolo, enggan berjabat tangan dengan beliau. Salah seorang daripada mereka, Dario Laiti, 59, berkata beliau tidak sanggup bersalaman dengan Bruno.
“Masalah ini mengenai keadilan. Kami mahu keadilan ditegakkan selepas kesengsaraan yang kami lalui sepanjang hayat,” katanya.
Di PARIS, seorang paderi di sebuah pekan di tenggara ibu negara Perancis, didakwa melakukan pencabulan seksual dan mengambil gambar lucah kanak-kanak, selepas seorang bekas penyanyi koir berusia 22 tahun menuduh beliau menderanya.
Pegawai pendakwa di pekan Troyes, Alex Perrin, berkata pemeriksaan polis menemui tiga gambar lucah kanak-kanak di rumah paderi terbabit.
Kes baru ini menguatkan lagi dakwaan berlakunya penderaan seksual oleh anggota gereja di seluruh Eropah sejak beberapa minggu kebelakangan ini dan memburukkan lagi krisis moral gereja Vatican. – AP var NetworkID = 1; var AdSpotID = "419891"; <a href=" http://a.admaxserver.com/servlet/ajrotator/419891/0/cc?z=admaxasia2&pid=2abfe6d1-c3ba-4b0a-b8ac-d438f6a7599c&asid=c36a2235-7eb1-4b70-8fb1-f680d30ffae6 "><img src=" http://a.admaxserver.com/servlet/ajrotator/419891/0/vc?z=admaxasia2&dim=280658&pid=2abfe6d1-c3ba-4b0a-b8ac-d438f6a7599c&asid=c36a2235-7eb1-4b70-8fb1-f680d30ffae6&abr=$imginiframe " width="468" height="60" border="0"></a>